Apakah yang
dimaksudkan dengan Cabin Filter? Soalan ini pasti
berlegar-legar difikiran anda jika pertama kali mendengarnya ataupun mungkin
anda sudah mengenalinya cuma berbeza nama.
Cabin Filter atau Aircond Filter adalah
penapis udara yang diletakkan dalam ruang kabin sesebuah kereta. Biasanya ia
berada di dalam dashboard penumpang hadapan. Bukan semua
kenderaan telah dilengkapi dengan Cabin Filter walaupun telah terdapat slot atau
ruang untuk menyimpannya. Ini mungkin atas faktor kos yang cuba untuk diminimakan oleh pengeluar
kereta.
Adakah sesebuah kenderaan memerlukan Cabin Filter?Bagi menjawab
soalan ini saya akan menceritakan kelebihan Cabin Filter dan anda tentukannya!!
Cabin Filter dapat
menapis udara dalam sesebuah kenderaan daripada masuk ke salah satu komponen
utama sistem penyaman udara kenderaan iaitu penyejat atau cooling
coil. Di sini Cabin Filter akan menapis kotoran,
debu malah nyamuk sekalipun daripada memasuki ruangan seterusnya. Lihat pada
rajah di bawah. Apabila Cabin Filter dipasang udara
akan ditapis dahulu dan ini menjadikan blower dan penyejat lebih
bersih. Dalam erti kata lain jangka hayat penyejat dapat dipanjangkan dan
menjimatkan kos servis.
Gambar di bawah menunjukkan contoh Cabin Filter bagi beberapa model kenderaan . Pada asasnya Cabin Filter hanya berbeza dari segi saiz bagi mengisi slot yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta. Namun terdapat 2 jenis Cabin Filter dipasaran ketika ini iaitu jenis poly dan jenis paper. Dengan mengambil kira jangka hayat dan kaedah servis yang lebih simple saya lebih suka menggunakan jenis paper.
Jenis-jenis Cabin Filter
iaitu jenis poly dan jenis paper.
Adakah pemasangan Cabin
Filter akan mengganggu wind power dalam kenderaan anda?.
Sebagai contoh anda telah tetapkan blower speed kepada 3. Dengan
penambahan Cabin Filter anda risau wind power
berkurangan. Saya ada menerima soalan seperti ini memandangkan lokasi
Cabin Filter itu sendiri seolah – olah menutup laluan
angin. Di sini saya ingin menegaskan bahawa anda telah tersalah faham.
Cabin Filter menapis udara dari dalam kenderaan anda
untuk proses penyejatan iaitu evaporation process. Proses ini dilakukan oleh penyejat
atau dikenali juga sebagai cooling coil/evaporator.
Semasa proses ini udara yang bersuhu lebih
tinggi dalam kenderaan anda akan diserap dan selepas melalui satu kitar penyejukan yang lengkap udara yang lebih sejuk akan
dihembus keluar melalui saluran angin kenderaan anda. Bukan itu sahaja……udara
ini juga lebih bersih dan segar kerana telah ditapis oleh
Cabin Filter.
Sebagai kesimpulan wind power yang menjadi kegusaran anda sebelum ini hanya bergantung kepada blower speed yang anda tetapkan. Sudah tentu udara sejuk yang anda rasakan dari saluran angin lebih perlahan jika anda tetapkan blower speed kepada 1 berbanding 4.
Sebagai kesimpulan wind power yang menjadi kegusaran anda sebelum ini hanya bergantung kepada blower speed yang anda tetapkan. Sudah tentu udara sejuk yang anda rasakan dari saluran angin lebih perlahan jika anda tetapkan blower speed kepada 1 berbanding 4.
Bagaimana perbezaan selepas 3 – 4 minggu
menggunakan Cabin Filter?.
Jelas pada gambar menunjukkan terdapat kotoran
yang melekat pada Cabin Filter. Warna
Cabin Filter telah berubah daripada putih ke
hitam-hitaman. Beginilah hakikat sebenar udara dalam kenderaan anda!!!
Pemasangan
Cara pemasangan bagi semua kenderaan hampir sama . Apa yang penting kenalpasti dahulu lokasi Cabin Filter anda dan biasanya anda dapat lihat ruang untuk Cabin Filter selepas membuka bahagian penyimpanan barang/glove box penumpang hadapan. Lihat penerangan di bawah.
a) Buka glove box dan tolak ke dalam kedua-dua hujung untuk mengeluarkan sepenuhnya
glove box tersebut.
a) Buka glove box dan tolak ke dalam kedua-dua hujung untuk mengeluarkan sepenuhnya
glove box tersebut.
b) Selepas itu anda akan dapat melihat ruang untuk pemasangan Cabin Filter seperti rajah
di bawah.
c) Potong bahagian segiempat tepat (sepanjang jalur kuning) dengan pisau. Perlukan sedikit
kesabaran untuk proses ini.
d) Masukkan Cabin Filter ke dalam slot yang telah anda buat sepenuhnya.
e) Tutup semula ruang yang telah anda potong tadi dengan bracket yang disediakan.
Demikianlah panduan mudah memasang Cabin Filter bagi model VIVA. Langkah yang hampir sama bagi kebanyakan kenderaan juga. Anda boleh dapatkan pdf file bagi model-model ini. [MYVI, VIOS, SAGA BLM, HONDA CITY, KENARI/KELISA].
Video pemasangan pada Honda Accord
Cara Servis
Bagi menjamin jangka hayat yang lebih panjang anda bolehlah melakukan servis sendiri ke atas Cabin Filter anda. Selepas 3 – 4 minggu anda bolehlah keluarkan semula Cabin Filter tersebut dan bersihkan/buangkan habuk-habuk yang melekat menggunakan berus lembut. Dengan cara ini anda dapat gunakan Cabin Filter tersebut sehingga 8 – 10 bulan!!. Malah anda juga telah dapat mengurangkan kemungkinan kerosakan dan kos servis cooling coil yang mencecah ratusan ringgit berbanding harga Cabin Filter yang saya tawarkan!!!
Harga (including bracket)